My World : Xerra - Loved by Some, Hated by Many, Envied by Most, Yet Wanted by Plenty!!!

Thursday, November 29, 2007

Mak - Part 2

Pagi 09/11/07, aku dapat call dari angah.........
Mak masuk hopsital lagi... memang sebelum ni kami nampak muka mak bengkak tapi tak la teruk sangat, kali ni muka & bibir sebelah kanan mak bengkak lagi teruk dari yang sebelum ni, sampai mata pun tertutup. Mak kena tahan kat wad kelas 1 unit onkologi & radioterpi HKL.


Lepas 1 minggu, doktor kata mungkin kimo yang mak ambik tak sesuai dengan dia. Kimo tu berdasarkan rekod mak yang lama masa lepas dia operation 10 tahun dulu. Dah 2 X mak ambik kimo tu, sekali setiap 3 minggu, so doktor decide nak tukar kimo jenis lain tapi kena rawat bengkak muka mak dulu. Kimo ni ader banyak jenis, klu tak silap dalam 4-5 jenis la, ade yang dalam bentuk cecair & ader yang dalam bentuk pil. Selang 3-4 hari, bengkak muka mak pun susut, mak di bagi kimo yang baru., tapi masih dalam bentuk cecair. Bengkak muka mak datang balik - PELIK! Kami pun hairan naper dah tukar ubat pun mak masih cam tu..???

Benjol keras sekeliling leher & telinga mak makin ketara. Mak rasa makin tak selesa sebab sakit & tegang kat bahagian leher & kepala.



Yang paling buat kami tension bila kami cuba dapatkan penjelasan dari doktor tapi nothing! Ingatkan bila duduk bawah pengawasan Doktor Pakar terjamin lah rawatan nya tapi.... doktor pakar terlampau sibuk sampaikan seminggu sekali je baru datang lawat mak. Yang lain tu sama ada doktor On Call @ assistant dia je yg follow-up, itu pun x boleh nk bagi keputusan yang tepat. Kesian mak, hari2 kena ambik darah, masuk drip air & antibiotik. Test test test, tapi xder result! - Itu lah HKL!!!!! Geram betul aku. Hari-hari mak rasa sakit kat bahagian yang bengkak tu, tido malam pun tak lena, sampaikan doktor kena bagi mak MORFIN untuk hilangkan rasa sakit tu.

Ayah pulak makin tension sebab tengok keadaan mak tak berubah. Sampaikan kesihatan dia sendiri pun terganggu sebab susah hati. Maner tak nyer, selama ni mak yang uruskan ayah, ayah terlampau bergantung pada mak dalam hal urusan diri dia, bila mak xder dia pun tak tentu hala la. Aktiviti harian kami adik-beradik pun bertambah, maner nak risau kan ayah, maner nak tengok mak.... setiap hari balik je dari kerja mesti pegi hospital tengok mak. Tau lah HKL tu nak cari parking jgn cerite... kadang2 tu sampai dah berbakul2 sumpah seranah keluar dari mulut, dah 3-4 round pusing keliling, baru la dapat parking. Menjelang dpt parking, masa melawat pun dah nak abis. Lepas balik dari Hospital pegi makan dulu dengan ayah, klu tak buat macam tu dia tak makan la jawab nye. Aku pulak terpaksa korban kan anak2 aku. Bila sampai rumah dah lewat malam, Budak2 pun dah nak tido, ari sabtu ahad pun macam tu jugak, masa aku lebih banyak dekat hospital dari dengan dia orang. Rumah aku jgn cakap la mcm Tongkang Pecah, berminggu tak kemas. Kain baju dah macam kedai dobi, tapi demi mak, aku tak kisah. Last2 aku upah org utk kemas kan rumah aku - abis cerita.

Dah 14 hari mak kat hospital, muka mak masih ada bengkak walau pun x teruk sangat. Akhirnya doktor kata, Kimo pertama & kedua tu tak sesuai dengan mak, maksudnya ubat tu terlampau kuat & badan mak tak boleh tahan. Muka mak bengkak sebab pengaliran cecair dalam badan bahagian muka mak lambat akibat dari benjol keras yang kat leher tu = Water retention. Kata doktor lagi sepatutnya bila masuk kimo, sel kanser tu pecah dan hilang dari dalam, tapi disebabkan ubat tu terlampau kuat dia buat sel kanser tu jadi makin keras. Contoh paling senang yang aku boleh bagi kat sini... macam kita rebus telur la... klu makin lama direbus makin keras/kenyal la telur tu kan... So, 3 sesi kimo yang tak berjaya & sia-sia.

Alternative ketiga ialah bagi mak kimo jenis pil - XELODA. Kimo ni lebih ringan sikit dari yg cecair. Kata doktor mengikut pengalaman dia org pada pesakit lain, bila kimo jenis cecair x berjaya, kimo ni selalunya tak ada masaalah @ komplikasi. Tapi caranya, klu dulu mak kena pegi hospital & ubat dimasukkan macam drip, yang ni pulak mak kena makan 2 biji setiap hari selama 3 minggu berturut-turut.

Lepas 19 hari, mak pun dah boleh kluar dari hospital. Lega rasanya....... Sekarang ni nak tengok pulak macam mana mak bila makan XELODA nanti. Harap-harap sel kanser tu berkurangan la. AMIN.
posted by Xerra Joe at 11:39 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home