My World : Xerra - Loved by Some, Hated by Many, Envied by Most, Yet Wanted by Plenty!!!

Sunday, July 15, 2007

Semalam & Esok.....

Pernahkan engkau melakukan sesuatu yang engkau rasa adalah keputusan yang terbaik untuk mu pada masa itu tapi tiba suatu saat dalam hidupmu engkau menyedari bahawa keputusan mu itu adalah SATU KESILAPAN dan engkau terpaksa hidup dalam kesilapan itu sehingga hari ini????

Itulah aku - Hidup dalam kesilapan sendiri! Bertahun-tahun lamanya aku cuba keluar dari kesilapan ini tapi aku masih tersekat, rimas dan lemas didalamnya. Berbagai-bagai cara aku lakukan untuk keluar dari kepompong kesilapan ini, walaupun aku tahu perbuatan itu akhirnya akan menyakitkan diri sendiri. Apakah HIKMAH nya disebalik semua ini???, sedangkan aku tahu, aku sudah tidak mampu lagi untuk memiliki SIAPA dan APA yang aku ingin kan dalam hidupku sekarang.....

Umur semakin meningkat, tapi kebahagian masih belum aku rasai sepenuhnya, terlalu banyak impian dan keinginan yang belum tercapai..... mungkin kerana aku jarang mendekatkan diri ku dengan ALLAH s.w.t., maka kebahagian itu tidak dikurniakan kepadaku. Seringkali kekesalan mengganggu fikiran, air mata menjadi teman setia bila fikiran bercelaru. Masih banyak yang aku cari dalam hidup ini sebenarnya. Aku masih tercari-cari siapa aku sebenarnya, aku seolah-olah hidup dalam dua dunia yang berbeza, dipenuhi gelak ketawa bila aku dikelilingi kawan-kawan diluar sana, tapi bila waktu itu berakhir aku kembali ke kehidupan yang penuh kekecewaan. Namun aku tahu tiada siapa yang boleh melawan ketentuan tuhan, adakalanya aku diuji dengan perbagai cabaran duniawi - disitulah keimanan yang rapuh ini selalu tercabar.......
" You are a chapter in my life. A beautiful chapter,
but why is it always filled with tears and sadness
When it is suppose to be A Fairy Tale........"
posted by Xerra Joe at 10:59 AM

1 Comments:

Zira, jangan menyesali kehidupan yang telah kita pilih walaupun ia satu kesilapan. Tapi carilah kebahagiaan dalam kesilapan yang kita lalui. Cherish and appreciate your life, enjoy it while you can. Have fun with what you are doing, believe in yourself, you will get what you want! Always remember you are not alone, you have your family n me to support you in anyway. :-)

11:12 PM  

Post a Comment

<< Home