My World : Xerra - Loved by Some, Hated by Many, Envied by Most, Yet Wanted by Plenty!!!

Thursday, June 23, 2005

500 MINGGU DI PAWAGAM

Masa baca surat khabar pagi tadi, aku tebaca satu rencana pasal filem hindustan. Kebetulan citer tu MEMANG citer yg paling aku suker untuk kategori filem Hindustan. Dari aper yang aku baca dalam rencana tu - aku terpanggil untuk berkongsi citer ni dgn korang smer...Sememangnya aku sendiri pun dah banyak kali tengok filem nie, walau pun dah banyak kali tengok, aku tak pernah jemu. Filem ni memang dapat menyentuh hati sesiapa saja yg sukakan suasana bercinta yg Romantik! Untuk pengetahuan sumer, citer yang diterbitkan oleh legenda bollywood Yash Chopra ni telah ditayangkan buat pertama kali pada 25 Oktober 1995 dan ditayangkan tanpa henti sehingga sekarang, pada 12 Mei yang lepas, genap lah 500 minggu filem ini ditayangkan. Kata salah seorang pelakon filem ini (Anupam Kher) : "Filem ni menceritakan kisah benar masyarakat India".





Dilwale Dulhania
Le Jayenge (DDLJ)




DILWALE DULHANIA LE JAYENGE...maknanya: "Kecekalan Hati Mampu Memenangi Hati Pengantin". DDLJ mengisahkan tentang seorang gadis India (Simran-Kajol), yang tinggal di Eropah telah jatuh cinta dgn seorang jejaka (Raj-Shah Rukh Khan). Masaalah timbul apabila Simran ditunangkan dgn lelaki pilihan bapanya di India. Si lelaki tidak pernah menghina golongan lebih tua malah tidak berhasrat untuk melarikan si gadis. Namum dia berjaya memenangi hati org tua si gadis disebabkan oleh kejujuran dan keihklasannya dalam mencintai si gadis"

Filem ini dikatakan berlainan kerana si hero begitu kuat dengan cintanya dan sanggup pergi ke India untuk memastikan dia dapat hidup dengan gadis pilihan hatinya.

Filem yang menjalani penggambaran di London dan sebuah kampung di negeri Punjub di utara India ini ternyata berjaya menyentuh hati golongan muda yang masih berhadapan dengan masalah perkahwinan (terutamanya perkahwinan yang diataur oleh keluarga). Hingga kini, DDLJ masih lagi diminati dan menjadi sumber inspirasi cinta golongan muda di India masa kini. Pada sumer yg belum pernah menonton filem ni, aku cadangkan tengok lah! dan pada yg dah tengok sekali tu, aku cadangkan tengk lah banyak-banyak kali....

Pada sumer yg sedang bercinta & yg sedang mencari cinta : COME.. LET's FALL IN LOVE!!!!!

posted by Xerra Joe at 12:20 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home