My World : Xerra - Loved by Some, Hated by Many, Envied by Most, Yet Wanted by Plenty!!!

Wednesday, September 07, 2005

BiLeR bAliK kAmPuNg....

Tak ader yg lebih seronok selain dari balik kampung... walaupun tak banyak yg menarik tapi ada keistimewaan nyer... Kali terakhir aku balik kampung 2 tahun yg lepas sebab ader org kawen, kali ni pun (27 Ogos 05) aku balik kampung pasal orang kawen jugak... agaknyer klu tak der org yg nak kawen aku ni tak balik lah kampung tu (hehehehe). Oh ya, lupa lak nak introduce nama kampung, kampung aku kat Terengganu (well sebenarnyer kampung mak aku..) baru lah aku tau rupa2 nya ramai lagi saudara mara dekat aku yg masih ada kat kampung ni. Walaupun ramai sedara mara, tapi aku balik kali ni tak dpt nak melawat dorang smer sbb sibuk dgn majlis kawen, lagi pun aku stay kat hotel. Balik pun tak lama.. so klu nak melawat dorang tu sumer mng tak cukup masa sebab ramai sgt & mereka berada dimerata2 tempat/kawasan/daerah. Lagi pun aku bukan nyer mahir/biasa sgt dgn jln2 kat Terengganu tu....

Satu keistimewaan kampung aku nie ialah LAUT. Mak aku selalu kata "Bulan April ke Ogos setiap tahun is the best time to go balik kampung" sebab maser nie air laut tengah cantik, (maksud nyer laut tenang & air pun biru kehijauan). Banyak Resort & Chalet yg boleh disewa antaranya di daerah Marang & Kuala Terengganu dan yg paling menarik sekali klu dapat pegi ke Pulau Kapas, Pulau Redang @ Pulau Perhentian.

Biler balik kampung ni selain aku, orang yg lebih seronok lagi adalah anak2 aku. Walaupun waktu perjalan dari KL ke sana tu lama tapi dorang nilah yg paling excited sgt sbb dpt berjalan. Dalam tahun ni jer dah 2 kali dorang nie balik kampung, awal tahun ari tu ikut atuk & nenek dia balik and this time ikut aku pulak.... sampai terpaksa skip sekolah 2 hari dibuatnyer. Setiap kali balik, kalau dah sampai jer dekat hotel tempat kami tinggal tu budak2 ni tak menyempat2 nak pegi swiming, pendek kata setiap hari budak2 ni akan pegi swiming berjam2 lamanyer - pagi sekali, petang sekali. Itulah aktiviti yg paling menarik pada dorang setiap kali pergi outing, klu tak dpt mandi laut mesti nak swiming.

Setiap kali balik kampung benda yg paling tak pernah miss tuk dibeli kat sana of course lah KEROPOK LEKOR, KEROPOK KEPING, KUIH BAHULU & KUIH AKOK. Actually banyak lagi benda2 lain macam batik sutera, tembaga, songket dan makanan yg ader kat saner and sumer tu boleh dibeli kat Pasar Besar Kedai Payang. Pada Sesiapa yg suker makan, boleh lar pegi ke Tuk Jembal untuk makan seafood, kedai makan ni menjual ikan, udang & sotong yg digoreng dgn tepung, keropok lekor & cok kodok pun ader gak kat situ & sambil makan tu jgn lupa minum air kelapa muda, eeemmm seddaapp!!!! Tuk jembal ni dekat2 dgn Aiport Kuala Terengganu (Telaga Batin). Tempat pun best sebab depan laut. Ader satu lagi kedai yg menarik tuk di singgah, kedai ni specialise in Fruit Drinks, macam2 jenis air buah yg ader kat kedai ni, yg special nyer tentang kedai ni ialah gelas nyer, saiz gelas yg tersgtlah besar....(well actually klu nak diikutkan saiz gelas tu - its more to ketinggian nyer) dan kat sana gelas besar ni di panggil "GELAH BAPOK" (Gelas Bapak). Sebenarnya its quite an interesting place to visit, banyak tempat2 tuk dilawati & macam2 jenis makan boleh dicuber. Pada sesiapa yg belum pernah ke sana... Give It A Try, You'll Love It! Pada Kampung ku itu aku ingin ucapkan..... TUNGGGUUUUU.. Aku akan kembali lagi!

Na Na Na Na Na Tengganu Kiter.........

posted by Xerra Joe at 9:20 AM 1 comments