My World : Xerra - Loved by Some, Hated by Many, Envied by Most, Yet Wanted by Plenty!!!

Sunday, July 15, 2007

Semalam & Esok.....

Pernahkan engkau melakukan sesuatu yang engkau rasa adalah keputusan yang terbaik untuk mu pada masa itu tapi tiba suatu saat dalam hidupmu engkau menyedari bahawa keputusan mu itu adalah SATU KESILAPAN dan engkau terpaksa hidup dalam kesilapan itu sehingga hari ini????

Itulah aku - Hidup dalam kesilapan sendiri! Bertahun-tahun lamanya aku cuba keluar dari kesilapan ini tapi aku masih tersekat, rimas dan lemas didalamnya. Berbagai-bagai cara aku lakukan untuk keluar dari kepompong kesilapan ini, walaupun aku tahu perbuatan itu akhirnya akan menyakitkan diri sendiri. Apakah HIKMAH nya disebalik semua ini???, sedangkan aku tahu, aku sudah tidak mampu lagi untuk memiliki SIAPA dan APA yang aku ingin kan dalam hidupku sekarang.....

Umur semakin meningkat, tapi kebahagian masih belum aku rasai sepenuhnya, terlalu banyak impian dan keinginan yang belum tercapai..... mungkin kerana aku jarang mendekatkan diri ku dengan ALLAH s.w.t., maka kebahagian itu tidak dikurniakan kepadaku. Seringkali kekesalan mengganggu fikiran, air mata menjadi teman setia bila fikiran bercelaru. Masih banyak yang aku cari dalam hidup ini sebenarnya. Aku masih tercari-cari siapa aku sebenarnya, aku seolah-olah hidup dalam dua dunia yang berbeza, dipenuhi gelak ketawa bila aku dikelilingi kawan-kawan diluar sana, tapi bila waktu itu berakhir aku kembali ke kehidupan yang penuh kekecewaan. Namun aku tahu tiada siapa yang boleh melawan ketentuan tuhan, adakalanya aku diuji dengan perbagai cabaran duniawi - disitulah keimanan yang rapuh ini selalu tercabar.......
" You are a chapter in my life. A beautiful chapter,
but why is it always filled with tears and sadness
When it is suppose to be A Fairy Tale........"
posted by Xerra Joe at 10:59 AM 1 comments

Friday, July 13, 2007

Luahan Rasa

"What hurts the most was being so close and having so much to say...watching you walk away and never knowing what could have been & for not seeing that loving you is what I was trying to do...."

If a man wants you, nothing can keep him away.
If he doesn't want you, nothing can make him stay.


TERLALU CINTA

Jangan Dekat Atau Jangan Datang Kepada Ku Lagi
Aku Semakin Tersiksa Kerna Tak Memiliki MU

Ku Cuba Jalani Hari

Dengan Pengganti Diri MU

Tapi Hati Ku Selalu
Berpihak Lagi Pada MU

Mengapa Semua Ini

Terjadi Kepada Ku???

Tuhan....
Maafkan Diri Ini
Yang Tak Pernah Bisa
Menjauh Dari Angan

Tentang NYA

Namun Apalah Daya Ini...
Bila Ternyata Sesungguhnya


AKU TERLALU CINTA DIA....


"I Want You To Know But I Can't, Maybe I Don't Have The Courage To, But What I Fear Most Is U Drifting Away From Me.....
I'd Rather U Not Know".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KENANGAN YANG TERINDAH

Aku Yang Lemah Tanpa Mu
Aku Yang Rentang Karena
Cinta Yang Telah Hilang Dari Mu
Yang Mampu Menyanjungku


Selama Mata Terbuka

Sampai Jantung Telah Bergetar
Selama Itu Pun Aku Mampu
Untuk Mengenang Mu

Darimu Ku Temukan Hidup Ku
Bagiku Kaulah Cinta Sejati
yea eh hu... hu....
{Bagiku Engkaulah Cinta Sejati}

Bila Yang Tertulis Untuk Ku
Adalahlah Yang Terbaik Untuk Mu
Kan Ku Jadikan Kau Kenangan
Yang Terindah Dalam Hidupku

Namun Tak Kan Mudah Bagi Ku
Meninggalkan Jejak Hidup Mu
Yang Telah Terukir Abadi
Sebagai Kenangan Yang Terindah...

posted by Xerra Joe at 9:20 PM 1 comments

Sunday, July 08, 2007

Lelaki Oh Lelaki

Lawak

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three).Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

So.... tepuk dada tanye hati.... nak mampu ke nak mampus???? hehehehe....
posted by Xerra Joe at 1:46 PM 0 comments

Thursday, July 05, 2007

30/6/2007, company baru aku buat Annual Dinner dengan tema Sunriser Nite - Red & Black. Annual Dinner Sunrise ni hanya di buat 2 tahun sekali.

Satu yang best nyer pasal Sunrise ni biler dorang buat Event, tak kire la apa2 event pon, bukan calang-calang, mesti all-out punya. Staff pulak sporting abis. Aku pon ape lagi excited la dpt join Annual Dinner kali ni, maner tak nye last sekali AD kat company lame dulu tahun 2004. Tujuan di adakan Sunriser Nite ni sebab management nak staff yang buat semua persembahan pada malam tu, cuma acara pembukaan & selingan je yg event mgmt buat. Ada yang menyanyi, ada yang menari & acara wajib tiap2 kali Anuual Dinner ialah Pertandingan BEST DRESS. Aku dapat tau dari committee member SSWC (Sunrise Sports & Welfare Club) yang pertandingan best dress tu hadiah nye Cash Voucher RM800.00.

Aku memang minat aktiviti2 macam ni, so ape lagi.... otak aku pon mula la bejalan... memikir kan macam mana caranya nk menang cash voucher tu. (Kali pertama aku menang Best Dress utk Annual Dinner, mase tahun 2004 tu la, tapi masa tu tema nya 60's, 70's & 80's - dapat la DVD Player 1 & Guardian Voucher RM60.00). Dalam pada tu, aku daftarkan diri aku tuk acara persembahan tarian, tarian ape.... HIP HOP! Yang kelakarnye, seumor hidup aku, aku memang x pandai menari - badan keras macam kayu (aku rasa kayu pon lembut boleh dilentur...har har har), tp suke punya pasal aku try jugak. Bermula lah episod kelas tarian yg dibayar oleh Sunrise. Waktu latihan, 2 X seminggu, 1 1/2 jam setiap sesi selama 5 minggu.

Hari beganti hari... hati aku still berbelah bagi sama ada nk join best dress tu ke tidak..... malu tapi mengenangkan RM800 tu.... Aku ambik keputusan nak join gak best dress tu . Itu pon dah last minute, memikikan baju ape yg nk dipakai, maner nk dpt, make-up, BUDGET lagi.... tapi biler aku dah nekad, sumer tu jadi senang. Aku carik balik IKA FANCY, yg penah tolong aku menang AD 2004 tu. Aku surf website and call tuk dpt kan opinion drp dorang on my Annual Dinner ni. Officemate aku kata, menang tu bukan setakat baju yg kita pakai je tp based on creativity jugak, dr contoh yg dia bagi, aku punya creativity pon menjelma la.... Hasil dari discussion dgn staff IKA FANCY, we manage to come up with the cosutme, dan hasilnya - jeng jeng jeng.....

Ni la hasilnya ... itu lah staff IKA FANCY yang bertanggungjawab ke atas trasnformation aku...

Hari yg dinantikan pun tiba, aku pun dgn berpeluh2, malu & nervousnya sampai kat Ballroom Hotel Nikko pukul 6 ptg. Tiba-tiba semua mata manusia2 yg ada kat situ tertumpu kat aku & bersorak....... ALAMAK!!!! lemah lutut, kaki tiba2 rasa tak boleh nk angkat, aku sorang jew yg pakai macam nk rak! MALUUUUU..... nasib baik la ada kawan aku Michelle, bekepit la aku dgn dia, tp Michelle pun boleh tahan jugak pakai malam tu... Ladybug lagi - so cute. Tak lama lepas tu tiba2 aku rasa macam Artis - ramai staff Sunrise yg datang kat aku berebut-rebut ajak amik gamba. Daripada staff baru yg org tak kenal terus melonjak jadi celebrity, sampai kan staff yg aku tak kenal pon tiba2 kenal aku, sampaikan bila photographer mitak aku begambar dgn ade satu mamat nih aku pun pegi je TANPA MENGETAHUI yg tu sebenarnye CHAIRMAN aku... he he he.... ye la aku baru 2 bulan kat situ maner lew aku kenal dia, dia bukan selalu ada kat sini.
Tak lama lepas tu, pintu lift terbukak, aku dengar org bersorak lagi, kali ni lagi kuat dari masa aku dtg tadi, maner tak nye, tiba-tiba DARTH VADER kluar dari lift..... x caya??? tengok nih...

Aku pun lega, sambil tu tunggu Shrek sampai - maner tah x sampai2.... bila dia sampai dia punya la malu tengok costume aku sampai mengucap panjang sambil tepuk dahi - dia dah la pakai sesempoi-sempoi nya kena lak jalan & duduk satu meja dgn aku - Malu giler dia malam tu.

So on with the show, tepat pukul 8 malam majlis pun bermula dengan opening gambit & staff performance. In between the show, sambil makan EmCee buat games & salah sorang dari yg cuba nak menjawab tu aku la, dia suruh teka tajuk lagu, aku pun angkat tangan, yang kelakar nye tu, bila dia sampai kat tempat aku, sebelum dia bagi aku jawab, dia interview aku pulak dulu, "o.k wait wait, before you answer the question, I just want to ask you something, How Did U Come Here Tonite?, Did U take the Taxi, Bus, LRT, Car or... how??" mula-mula tu aku blur gak cam maner nk jawab dia nih, memang la aku datang dengan kereta (drive sendiri), tapi just to make it sounds more intereasting kan, tiba2 aku terpikirkan jawapan yang sesuai untuk baju yg aku pakai tu, aku pun jawab " I ride a Camel". Apa lagi riuh a satu ballroom tu dengan gelak ketawa & tepukkan...lepas tu aku pun jawab la game quiz tadi tu, mula2 jawapan tak tepat, nasib baik dia bagi chan lagi skali, so dapat la cawan gamba Mr Bean sebijik. Lepas satu jam, aku
dengan dance team kelam kabut naik kat bilik nak tukar baju untuk dance show kami pulak.


Dah abis dance performance, berlari balik naik kat bilik tukar balik custume Cleopatra aku tuh, sebabnya lepas ni nanti baru la sesi penghakiman Best Dress. Kepala aku dah mula sakit, kain merah pengikat kepala aku tuh ketat sangat rupanya, tapi klu tidak topi tu longgar la pulak. Topi tu pulak maaakk aaiii berat giler!


O.k. masa yang dinantikan pon sampai... Best Dress Competition. Semua staff yg datang dengan costume masing2 dipanggil naik ke pentas untuk menunjukkan pakaian masing2. Pengadil untuk sesi ni adalah isteri-ister VIP iaitu Mrs Tong Kooi Ong (Isteri Chairman), Datin Yam (Isteri Managing Director) dan 2 org lagi yg aku tak sure siapa. Kami pun disuruh menari, bergelek dan macam2 lgi lah, pendek kata kami ni dibuli dek Mr EmCee tu... yg paling tak syok tuh dia asik sebut aku as "girl with Astro Satelite Dish on her head" - CEH!!!







Anyway.. dipendekkan cerite yg dah panjang ni, dah puas Mr EmCee tu buli kita org atas stage tu.... dia pun umumkan la keputusan, bermula dari yg paling bawah sampai ke yg no satu, anyway tuk pengtahuan korang sumer Darth Vader tu dapat No 2, last skali.... The winner goes to..... again, "the girl with the Astro Dish on her head, Zira Johari!" eeee tension nyew aku bile dia sebut pasal astro dish tu.. dia tak tau kepala aku sakit giler menampung bende tuh! Tapi syok sbb dah menang RM800 cash voucher beb!!!



So tulah citer malam kegemilangan aku selama 6 jam. Bermodal kan RM250.00, aku bawak balik jumlah keseluruhan malam tu RM980.00 dalam bentuk Cash Voucher dari Jusco, sebab pihak committee bagi imbuhan saguhati untuk peserta yang ambik bahagian dalam acara malam tu.

Esoknyer dengan Voucher tu jugak, aku bawak Shrek & anak2 pegi shopping kat Jusco Wangsa Maju. Selain dari tu........ KEPALA AKU BENJOL SEMINGGU SEBAB KAIN MERAH IKAT KEPALA YG KETAT & TOPI YG BERAT TU!!!!!!!!!
posted by Xerra Joe at 4:40 PM 0 comments